Monday, July 30, 2012

Sekali Lagi 31.07.2012.

hello!! saya rasa sudah lama tidak menjenguk ruangan blog saya ini, mungkin disebabkan oleh keadaan masa yang tidak sesuai. setakat ini saya masih berfikir apa yang telah saya perbuat sepanjang tahun ini? berhasil ke tidak? tidak terasa sudah habis 7 bulan pertama tahun 2012 dan tinggal 5 bulan lagi nak beralih ke 2013. cepatnya masa berlalu kan. sebenarnya saya berasa masih kosong di saat ini kerana apa yang saya impikan masih tidak menampakkan ia sudah berjalan ataupun berhasil seperti yang saya inginkan. Seperti yang kita sedia maklum, setiap kita mempunyai kehendak dan kepuasan yang tersendiri. tiada siapa yang tahu, hanya peribadi kita sendiri yang tahu. begitu juga saya, hanyalah seorang yang biasa-biasa saja, masih banyak kelemahan, tidak kurang kesilapan, dan dari situ saya telah berlajar untuk mempertingkatkan keupayaan saya, pengetahuan saya. saya bukanlah orang yang aktif, saya sedar itu, saya sangat lemah dalam banyak hal, ya apa adanya saya. Saya tidak suka membaca, menulis, mengarang, berdoa, bercakap pun gagap dan banyak lagi. Tapi satu hal yang saya ingin nyatakan saya sentiasa bersyukur kepada Tuhan kerana Dia saja yang memahami saya ini di samping kawan-kawan sekeliling. Bercakap tentang kawan, adalah baik sekiranya saya berkongsi sedikit tentang persahabatan. Untuk pengetahuan, saya sangat menghargai setiap persahabatan saya walaupun kadang-kadang saya pun turut merasa kecil hati, terluka disebabkan hal-hal tertentu yang sering menjadi penghalang. tidak perlulah saya ungkapkan di sini. bukan senang menjadi dan mencari kawan yang betul-betul setia dan memahami kita.  bukan mudah tapi kamu bolehlah menjelaskan kepada saya erti persahabatan yang unggul itu. mungkin saya sering leka, sebenarnya saya adalah jenis yang lembut hati, saya tidak suka mengarah orang,marah-marah kecuali saya stress dan tidak tahan. cara saya sangat lembut mungkin boleh menyebabkan orang salah faham, itu saya tidak tahu lantas mereka mengambil kesempatan ke atas saya(kelemahlembutan saya). bagi saya tidak apa, sebab saya tidak kisah la, yang penting persahabatan kita tidak putus disebabkan oleh hal yang remeh temeh itu. Setakat ini, siapalah kawan saya yang betul-betul setia? Dulu saya ada ramai kawan tapi sekarang semua sudah bekerja, sibuk dengan hal masing-masing. Saya tidak boleh salahkan kalian. Apa sekalipun, saya menghargai kawan semua, saya menyayangi kawan semua, saya tidak pernah lupakan kawan semua walaupun ada yang lupa no hp saya, manalah saya pernah menukar-nukar no saya kan. satu tu jer yang saya pakai. itulah kita sebagai manusia, boleh berubah. Nah, mungkin kita boleh kongsikan pada hari lain, di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan saya Lenny. Dia banyak membimbing saya. Harapan saya, semoga persahabatan kita kekal selamanya, sama-samalah kita menjaga hati ya. Ikhlas, Jujur, Setia.....Percayalah.**Baru-baru ni kita pergi batu pahat**

Setelah semester pertama berlalu, saya masih juga tiada peningkatan, kenapa saya pilih jalan ini, kenapa tidak jalan itu? Keputusan saya betulkah? Kerana cita-cita saya telah berhenti dari kerja saya, dan saya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana seperti sekarang. tapi kawan saya tidak pernah menyesallah, biarlah itu perkara sudah lepas takkan berpatah balik. Janganlah dibangkitkan lagi. tapi sekali lagi saya ingin berkongsi di sini, saya mengalami kesukaran sebab untuk memulakan pengajian semula, mungkin hasrat saya sudah berjaya tapi kawan ia tidak sama seperti ijazah..kamu kena mulakan sekali lagi...ambil perhatian. Jangankan saya ini, bukanlah orang yang suka membaca, menulis...susah! Apapun itu tidak bermakna saya berputus asa, saya tidak akan mengalah lah. sepanjang tempoh ini, banyak perkara terjadi, saya berlajar dari perkara tersebut. Ok lah, mungkin saya kena stop di sini dulu....jumpa lagi.


Berjalan di lorong gelap pekat
Tiada sedikit kacau walau cahaya bulan
Tiada kerdipan walau sebutir bintang
Demi malam yang menanti tirai siang
Aku tetap melangkah walau terpaksa merangkak
Lorong itu sempit bukan kepalang
Kanan kiri penuh ranjau duri
Derap tapak ku pedih ngilu
Hingga terkadang aku tersungkur
Rebah menahan kesakitan
Demi cita seteguh gunung
Demi harapan melangit tinggi
Biarlah sakit merobek upaya
Biarlah rebah walau seribu kali
Tidak sekalu aku tersungkur pada erti
Sebuah putus asa
Tidak sekali aku menyerah sebelum berjuang
Kerna aku PASTI kejayaan akan termilik
Kemenangan akan terjulung
Itulah janji sang Pencipta buat insan yang
Menyerah daya tanpa Alpa kepadaNya 

No comments: