Thursday, October 3, 2013

Much prayer, much power. Little prayer, little power. No prayer, no power.

Saya percaya dengan kuasa doa. Apabila saya merenungkan semula doa yang lepas, ternyata telah dijawab. Walaupun tidak semuanya dijawab pada masa berdoa, namun selepas itu. 

Syukur, sentiasa bersyukur walaupun terdapat doa yang masih belum terjawab. Hal ini adalah untuk mengajar kita lebih matang dan bersabar. "Panjang Sabar", kerana tidak semua doa kita itu disukai Tuhan. Mungkinkah untuk kepuasan mu sendiri.

Harus percaya bahawa Tuhan kita mendengar kata doa kita. Dia tidak pekak. Dia baik dahulu, sekarang dan sampai selamanya.

Jadi, berdoalah senantiasa seperti yang di atas. Amen.

Bertemu Kembali

Apa khabar? Saya baik, diharapkan semuanya pun sama. Saya bersyukur kerana nikmat yang baru dan kesempatan bernafas sekali lagi telah Tuhan anugerahkan kepada saya. Puji Tuhan, itu bukan kerana kebaikan saya tetapi kerana kasih setia Tuhan. Sekian lama saya tidak mengisi ruangan blog ini, tetapi sekarang kembali menulis sekali lagi di sini. Kesempatan ini haruslah saya hargai dan manfaatkan sepenuhnya.

Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengasihi saya. Saya pun mengasihi anda sekalian tanpa melihat perbedaan. Kepada Pensyarah di ISDEV semua, kawan-kawan baru kerana telah menerima saya sebagai sahabat kalian semua. Sekiranya saya tiada bersama anda, mungkin blog ini terus tidur dan tak diaktifkan kembali. Bukan secara kebetulan, tetapi semuanya telah direncanakan. 

Di sini kelak, sangat pasti bahawa tulisan saya akan lebih mantap secara akademik. Saya akan memberi & melakukan yang terbaik. Tak perlu menoleh ke belakang, di sini lah mula satu titik perubahan kepada saya khasnya dalam bidang sekarang, sangat baru untuk saya dan menarik sekali.

Sekian,
Terima kasih.