Tuesday, January 10, 2012

Dari Lubuk Hati Ini,

Selamat malam, hmm tak terasa tinggal dua hari lagi di Penang ni sebelum saya balik bercuti buat sementara waktu, tidak sabar rasanya lagi, walaupun apabila sampai saja saya di sana mungkin tempatnya berbeza sekali dengan Penang* I love Penang actually* malah tidak kurang juga cabaran yang bakal saya tempuhi nanti. Ya la sekarang saya sudah dalam kategori penganggur terhormat tanpa kerja..hari ini merupakan dua hari sudah saya jadi penganggur..ha ha..sabar saja..mungkin ini yang yang terbaik buat sementara waktu...saya betul-betul tidak tahu nak buat ape..Bingungg...dahla sahabat pula tidak mengajak keluar bersama, mesej tiada apatah lagi call..krisis sedikit~:(

Erm petang tadi saya sms kat sahabat tapi tiada balasan, masih menunggu..tujuan saya sms sebab sebagai sahabat saya harus bertanya khabar sahaja..yang pasti saya sudah dapat jawapan yang kenapa mereka terhadap saya. 1)Shopping punya hal la,2) mungkin saya terlalu low profile terhadap mereka and 3)next...tapi di sini saya ingin minta maaf jika sebab itu mereka berkecil hati atau marah..lain kali saya ingin minta list tentang perkara yang tidak suka supaya tidak ada salah faham atau tiada pihak akan marah sekiranya saya bersuara ataupun verbal saya terkeluar..ha ha *kalau boleh memang saya ingin buat perkara tersebut**

Saya tak tahu sampai bila seperti ini, harap-harap berhenti di sini, hari ni!! ataupun mungkin saya sahaja yang terlalu berfikir panjang, saya pun tidak tahu..harap-harap sebaliknya..saya berdoa agar hubungan persahabatan kita bukan setakat ini, kerana bagi saya kita saling memerlukan antara satu sama lain..di Tahun ini 2012 seperti dirancang perjalanan hidup saya baru saja bermula.....masih banyak lagi cabaran di hadapan...adalah saya sendiri yang telah memilih jalan ini..baiklah bagi sahaja berjalan dengan lancar..Amen. GOD will Be.


Hmmmmm~..saya sudah menarik nafas lega sedikit sebab sudah tulis blog ini dan baru sebentar tadi ada respon dari sahabat...haha..Glad for u Response, Thank You...;)

Terakhir saat ini, dari Lubuk hati saya ini, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih terhadap semua sokongan dan kebaikan kalian semua, minta maaf sekiranya perbuatan saya telah menyinggung perasaan anda semua. Sesungguhnya segala yang berlaku itu adalah di luar kawalan saya sebagai seorang manusia yang lemah, hanya satu saja untuk pengetahuan kalian saya tidak pernah berniat untuk menyakiti hati sesiapun di Dunia ini...dalam English mungkin lebih mendalam katanya " Thank you for everything and sorry for something"





::Allright..Good night..~Sweet Dream kawin dengan anak raja..hahaha..dapat kereta BMW, Dapat cincin belian, Makan sedap kat hotel evergreen with secret recipe kek::



p/s
1)Hargailah sahabat anda, jangan hanya hargainya ketika ada krisis sahaja.
2)Perbuatan baiklah selalu sekiranya mahu persahabatan berkekalan.
3)Tidak perlu terlalu baik dengan sahabat, supaya sahabat tidak naik kepala ,agar sahabat boleh belajar erti keikhlasan dalam sesuatu perhubungan akrab
4) Professional sedikit supaya tidak ada salah faham berlaku..