Sunday, January 8, 2012

Terima Kasih Sahabat & Happy New Year 2012

hari ni tiba-tiba terasa nak tengok blog, maklumlah sudah lama tidak melihat blog dan apa lagi menulis blog..apa pun blog ini bagiku merupakan salah satu cara meluahkan isi hati ini dan juga berkongsi dengan pembaca tentang peristiwa dan kejadian yang terjadi dalam kehidupan harian.

kekadang rindu nak menulis blog tetapi disebabkan selalu tiada masa menyebabkan saya terlupa terus. tapi hari sya cuba untuk menulisnya kerana hari ini saya sangat free sampaikan tertidur terbangun sudah berapa kali...biasa hujung saya akan jalan-jalan dengan sahabat baik saya, tapi minggu ini tidak ada sebarang aktiviti pun..biasa jalan-jalan cari makan dan shopping itulah kebiasaannya.

erm kita terus kepada tajuk utama hari ni, sebenarnya saya ingin melahirkan rasa hati syukur sebab sudah berjaya menempuh tahun 2011, pejam celik sudah 2012..masa begitu pantas kan semua. di tahun baru 2012 ini masih tidak terlambat sekiranya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012, saya berdoa agar semua impian akan tercapai. Amen. Dan saya rasa banyak kali perkara yang belum saya capai pada tahun 2011 yang lepas. Saya tidak berputus asa kerana semua itu akan diteruskan pada tahun ini sampai saya berjaya. Bak kata perpatah Ambil yang Jernih, Buang yang Keruh..

2011, bagi saya terlalu banyak kenangan manis terutamanya di saat bersama sahabat baik. Pergi jalan-jalan keluar dari Penang seperti ke Melaka, Cameron Highlands, Pulau Pangkor, Pulau Langkawi adapun tempat lain mungkin saya sudah lupa agaknya..he he saya sangat enjoy saat itu terasa nak datang lagi kelak tapi mungkin bersama ahli keluarga..kasihan juga mereka tidak pernah jalan-jalan asyik terperap di kampung jer..dari segi pekerjaan bila saya nak berkongsi ada yang manis, ada yang pahit juga...tetapi di sini saya tidak ingin bercerita panjang..sebab saya sudah membuat keputusan untuk meninggalkan pekerjaan sekarang. Saya tahu keputusan ini mungkin membawa kepada keadaan yang lebih baik..mungkin ada hikmahnya siapa tahu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada yang tahu...ha ha ha. Apapun terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya selama ini. Tanpa anda siapalah saya...kita saling memerlukan. Ingat segala impian kita sudah ungkapkan pada new year eve yang lepas, dan yang tidak baik itu sudah dihanyutkan di lautan Queensbay. Diharapkan kita melupakan segala yang tidak baik itu....Amen.

Lupakan tahun 2011, kita masuk kepada tahun baru 2012..tengok tahun semakin meningkat sudah tentu umur pula turut meningkat..hu hu hu..pastinya bagi saya tahun ini lebih mencabar lagi kerana saya mempunyai rancangan tertentu iaitu meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi...terima kasih Sahabat kerana telah banyak menghulurkan bantuan pada peringkat awal ini, agak sibuk juga tapi itulah yang harus kita lakukan untuk capai sesuatu kerana ada banyak pengorbanan dari segi masa, tenaga, fizikal dan paling penting adalah ketahanan mental..saya berjanji akan mencuba yang terbaik nanti..segala nasihat sahabat saya terima sebagai positif **Peluang ni yang ada jangan sia-siakan, takut lepas ni terlepas dan hilang terus** saya sahut ini kerana inilah harapan saya selama ini, mungkin belajar lebih baik daripada bekerja terus..kita belajar adalah untuk bekerja tetapi sekiranya ada peluang belajar kita boleh pilih belajar, sesuai kali dikaitkan dengan kata hikmat di bawah ini:


Most of the time my advice to the younsters is to go on studying if they are lucky enough to have the oppurtunity and take some time to find out about themselves
-Hans Olsen.

erm, panjang sudah bicara saya di sini. Agaknya memang tak boleh habis juga diteruskan sampai esok pagi..ha ha. Nak tulis sedikit tentang erti persahabatan, bagi saya persahabatan yang baik adalah sangat memerlukan tahap kematangan dimana dalam persahabatan kita haruslah saling bertimbang rasa antara satu sama lain. Tidak perlu mengharapkan 100% perfect sebab dalam persahabatan bukan semua sempurna." No Friendship is Perfect". Bagi saya di saat kita saling memerlukan di situ kita sedia membantu..sahabat itu sangat diperlukan semasa kita dalam suka,duka, sakit dan tempat meluahkan perasaan. Sahabat bukan untuk sehari dua saja tetapi buat selama-lamanya itulah erti sahabat. Jangan kita harap semua sahabat tahu semua perkara dalam diri kita walaupun kita sudah lama bersahabat sebab tidak semua rahsia boleh kita beritahu sahabat, terutamanya apa yang kita tidak suka, oleh itu sahabat itu selamanya kita perlukan di sisi kita. Bukan semua sahabat dapat memenuhi kehendak kita..kerana semua ada keistimewaan masing-masing. Seperti ada yang 1)ikut saja kehendak kita, tidak pandai membantah 2)ada yang ajak-ajak ayam, 3)ada yang mudah lupa, 4) Faham..ha ha. Banyak sahabat saya di no (3). Malang sungguh nasib..bila sudah senang terus lupakan kita yang masih tercari-cari apa itu kehidupan seperti pekerjaan ..hu hu. Bila dia perlukan kita barulah datang cari kita...eeee~cukuplah di sini tak sanggup nak tulis..

Persoalannya perlukah kita merajuk?? Cukuplah sekali saja saya terkena...orang lain tak boleh begitu tapi kepada saya kenapa pula begitu....:( tidak adil :(