haiz! saya tidak tahu bagaimana nak mulakan tulisan kali ini..hari ni sudah 2 Ogos 2012. Sudah bangkitkah saya? Agaknya belum lagi..apa cerita ni??? Kenapa masih tidak sedar2 dari mimpi ini..dan kenapa harus saya merasa kesal? Kenapa begitu sukar sekali saya rasakan saya ini, di saat saya memerlukan pertolongan, sokongan, tiada yang mampu berbuat apa2..Cubaan apakah ini? Kenapa saya berasa jauh dari orang sekeliling, kenapa saya sangat sukar menguruskannnya. Kenapa saya selalu menghadapi kesukaran, kenapa orang yang berkedudukan sahaja yang selalu mendapat tempat! apakah yang saya pelajari? Apakah kali ini tiada juga peluang? Saya tahu saya sangatlah lembap dan perlukan kekuatan. Tuhan saya hanya mampu berserah untuk hari esok, berikan saya satu penyelesaian Tuhan, pasti ada jalannya. Saya pasti, berikanlah kekuatan ya Tuhan terutamanya untuk berdoa, dan berbuatlah perbuatan..sucikan hati saya, jiwa saya. Dunia ini hanya sementara sahaja, apa yang saya dapat disini tak mungkin akan saya bawa ke hadiratMu suatu hari nanti..Dunia ini jahat, angkuh, benci..palsu. Tuhan kenapa saya merasa hendak bertaubat kepadaMu tapi perbuatan ini begitu sukar dikikis. Ampunkanlah!! Tuhan kau Segalanya harapan saya di saat ini. Saya haus Bapa. Saya rindu berada di pelatarMu. Saya rindu untuk Berdoa, MengasihiMu..Ajar aku Tuhan.
Cukuplah sudah kepayahan untuk hari ini..Esok akan menjelma keindahan..saya hanya ingin menikmati kehidupan yang bahagia apa adanya(enjoy my life)....seperti orang lain saya hanyalah manusia biasa.....saya mahu happy......adakah peluang itu? Semoga Tuhan Memberkati.